Urus Pusaka Tanpa Tunai

PENGURUSAN PUSAKA MENJADI LANCAR & MUDAH

Waris tidak dibebani dengan kos perbelanjaan dan urusan kerja tuntutan pusaka

PERKHIDMATAN DARUL PUSAKA

  • Bantuan Kewangan untuk menyegerakan Pengurusan Harta Pusaka
  • Rundingcara/Konsultansi kepada Waris tentang Proses Pengurusan dan Pentadbiran Harta Pusaka
  • Pengiraan Faraid
  • Membantu waris mengurus dan mentadbir Harta Pusaka

Apabila berlaku kematian, 4 urusan yang perlu disegerakan bagi Arwah adalah

  1. Pengkebumian Jenazah
  2. Langsaikan Hutang
  3. Tunaikan Wasiat
  4. Agihkan Harta Pusaka

Permasalahan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka di kalangan masyarakat Islam kini semakin meruncing. Kebimbangan ini perlu ditangani segera agar tidak berterusan menjadi lebih serius.

Proses pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang syariah dan sivil. Statistik menunjukkan hanya 21% waris yang menyelesaikan urusan harta pusaka pada tahun kematian.

Antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan pengurusan pusaka adalah seperti berikut

  • Proses pentadbiran yang penuh birokrasi dan merumitkan waris
  • Ketidaktentuan kos belanja urus yang tinggi
  • Proses perundangan dan penyelesaian yang memakan masa yang panjang
  • Masyarakat umumnya juga kurang arif dan faham dengan proses perundangan ini.

Justeru, Bumijez Sdn Bhd membangunkan satu produk perkhidmatan bantuan kewangan di bawah jenama Darul Pusaka yang akan membantu waris di dalam memulakan proses penyelesaian tuntutan harta pusaka.

Join Over 100 Agentto The Darul Pusaka Family

Become Part of the Darul Pusaka Family Member.